BN tolak 'tebuk atap', kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) menegaskan pendirian menolak sebarang amalan 'tebuk atap' yang boleh menyebabkan kejatuhan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekal komited bersama kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu selari dengan prinsip parti yang sejak awal tidak pernah menyokong sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik negara.

"Sejak dari awal lagi, parti mempunyai pendirian yang jelas bahawa kita tidak akan melakukan sebarang usaha 'tebuk atap' terhadap kerajaan yang ada sekarang.

"Kita akan bersama-sama Kerajaan Perpaduan ini sehingga tamat penggal, iaitu satu penggal yang mencukupi sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggesa partinya itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang.

Ahmad Zahid sebelum itu menyampaikan Amanat Tahun Baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, pada Selasa. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional menolak amalan 'tebuk atap' demi kestabilan Kerajaan Perpaduan
  • Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan kekal komited bersama kerajaan sampai penggal tamat
  • Pendirian BN selaras dengan prinsip parti yang menentang ketidakstabilan politik
  • BN akan bersama Kerajaan Perpaduan sampai akhir penggal sebelum pilihan raya umum akan datang
  • Ahmad Zahid berkata demikian sebagai respons kepada desakan Ketua Pemuda UMNO untuk menarik diri dari Kerajaan Perpaduan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!