Had 10 tahun jawatan PM, tiada 'ajaib sangat'- Fadhli Shaari

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari secara sinis mendakwa, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal bukanlah sesuatu luar biasa ataupun istimewa memandangkan ia tidak memberi kelebihan kepada rakyat.

Ahmad Fadhli berkata, perubahan itu tidak 'mengenyangkan' dan menghilangkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

"Jadi tiada apa yang ‘ajaib sangat’ dengan mengehadkan tempoh Perdana Menteri selama dua penggal.

"Hakikatnya semua Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir berundur pada tahun 2003 tidak pernah mentadbir negara melebihi dua penggal," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Ahmad Fadhli turut mendakwa agak sukar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertahan dengan jawatannya itu untuk tempoh 10 tahun.

"Bahkan dengan umur Perdana Menteri sekarang pun untuk beliau kekal sehingga melebihi dua penggal kelihatan agak mustahil (walaupun mungkin ia boleh berlaku).

"InsyaALLAH kita usahakan tidak lebih satu penggal Perdana Menteri sekarang mentadbir negara," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, menganggap had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal tidak istimewa
  • Perubahan tempoh Perdana Menteri tidak memberi kelebihan langsung kepada rakyat
  • Tiada sesuatu yang ajaib dengan had masa dua penggal untuk Perdana Menteri
  • Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir tidak pernah mentadbir lebih dari dua penggal
  • Ahmad Fadhli meragui Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Perdana Menteri melebihi dua penggal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!