LENGGONG - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menilai prestasi wakil rakyat dari parti itu menjelang PRU14.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, presiden juga sudah mengenal pasti wakil rakyat yang buat kerja dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya.

Menurutnya, semua aspek itu akan diambil kira dalam penentuan calon kerana Umno mahu membariskan individu yang boleh memenangi hati rakyat.

"Tiada guna jika kepimpinan tertinggi memberi sokongan penuh kepada calon sedangkan rakyat di kawasan itu tidak menerimanya. Kita sokong macam mana pun tidak boleh menangkan calon kerana yang menangkan calon adalah rakyat di luar sana, pengundi di luar sana.

“Apa yang penting adalah kita lihat ke depan. Kita juga kenal pasti kawasan tumpuan yang perlu diberi perhatian. Kita tidak ambil mudah PRU14 nanti.

“Kita kena susun strategi kerana landskap politik di negara sudah berubah. Pendekatan kepada golongan sasar itu penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lenggong di Dewan MRSM Lenggong, semalam.

Dalam majlis sama, Hishammuddin turut mengingatkan ahli Umno supaya tidak terpengaruh dengan emosi sendiri sehingga menyebabkan sokongan   mereka beralih arah.

“Tidak semestinya ahli sendiri sokong Umno. Di Pekan pun, ada data kata ada ahli tak sokong Umno. Sebabnya bukan apa pun, sebab marah tak dapat BR1M, sebab emosi.

“Veteran pun ada yang tak sokong kerana ada puak-puak tertentu yang memperalatkan mereka sedangkan orang tahu bahawa  Umno memang sangat menjaga veteran,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Umno tidak akan mengikat mana-mana calon wakil rakyat mereka seperti mana dilakukan parti pembangkang bagi mengelak ahlinya keluar atau lompat parti selepas menang PRU14.
  • SHAH ALAM - Tindakan Bersatu yang akan melaksanakan perjanjian bagi mengikat calon wakil rakyat adalah satu peringatan supaya mereka tidak melakukan tindakan sedemikian pada masa hadapan.
  • PASIR GUDANG - BN akan menyediakan wakil rakyat yang fokus memberi khidmat kepada masyarakat dan bukannya semata-mata hendak memastikan kemenangan kerusi ditandingi.
  • SHAH ALAM - Kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mendakwa pembinaan kem tentera di Sembrong, Johor bagi meningkatkan undi BN di kawasan itu dinafikan Ketua Pemuda Umno Sembrong, Onn Hafizi Ghazi.
  • KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa semua ahli parti itu memahami dan menginsafi perjuangan parti yang telah berusia 71 tahun tersebut kerana nasib agama, bangsa dan negara banyak bergantung kepada keutuhannya.