SHAH ALAM - Pandangan mengaitkan kemenangan di Johor penentu survival Bersatu adalah subjektif.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, meletakkan keseluruhan nasib dan masa depan Bersatu semata-mata kepada Johor tidak tepat.

"Saya tak setuju apabila dikatakan survival Bersatu bergantung kepada kemenangan di Johor pada PRU14, tapi kita akui Bersatu kena menang PRU14 untuk menggantikan Umno/BN," katanya.

Bersatu dijangka jadi pencabar utama Umno di Johor dalam pertaruhan untuk raih sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan.

"Memang kita tubuh Bersatu untuk gantikan Umno, takkan penganalisis itu tidak tahu? Jadi kena bertanding di tempat Umno, tempat majoriti Melayu barulah kita dapat mengatakan dengan sahih Bersatu diterima orang Melayu.

"Mana ada Umno bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu," katanya.

Kamaruddin berkata, itu sekadar pandangan disuarakan orang akademik, namun tidak menolak proses penghakisan pengaruh Umno itu telah berjalan, bukan sahaja di Johor, tetapi seluruh negara.