PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyangka gurauannya berhubung perasaannya semasa majlis angkat sumpah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi 'headline' (tajuk utama) sebuah  media.

Anwar berkata, kenyataan berkenaan hanya gurauan yang dibuat di hadapan penuntut dari pelbagai kolej di Singapura, semalam.

Menurutnya, apa yang diulaskannua tidak menjadi penekanan tapi apa yang saya guraukan menjadi tajuk utama.

“Saya kata kalau tidak dipenjara, saya nak berada di situ untuk angkat sumpah, sekarang (ketika itu) saya di penjara. Saya bergurau jadi tajuk berita utama.

“Yang saya ulas tidak diberikan penekanan, ia adalah bahawa peranan kita adalah memastikan kerajaan ini amat kuat di bawah kepimpinan Dr Mahathir untuk menyempurnakan proses perubahan yang amat mendesak,” katanya dalam sidang media berkenaan PRK PD di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Anwar berkata demikian setelah pemberita merujuk kenyataannya yang mengaku timbul perasaan bahawa beliau yang sepatutnya mengangkat sumpat jawatan Perdana Menteri ketujuh Malaysia selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Putrajaya.

Dalam sesi dialog terbabit, Anwar ditanya seorang pelajar apa perasaannya ketika Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan bukannya beliau.