SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan, SPRM meminta individu terbabit tampil atau menghubungi pihaknya dengan segera bagi membantu siasatan.

Antara individu tersebut adalah Tan Kim Loong, 40, nombor pengenalan 780213-14-6207 dengan alamat terakhir adalah Nombor 20 M Jalan 5/40 Taman Pusat Kepong, 52000 Kuala Lumpur.

Individu kedua pula adalah Tan Keng Chee, 53, nombor pengenalan 650207-10-6975, jawatan terkahir adalah pegawai 1MDB dan alamat terakhir pula ialah 112 Jalan 5/149G Taman Sri Endah 57000 Kuala Lumpur.

Selain itu SPRM turut mencari Geh Choh Heng, 47, nombor pengenalan 710905-10-5453, jawatan terkahir adalah Pegawai 1MDB dan alamat terkahir pula ialah 27 Jalan Setia Murni Satu Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

Manakala wanita dicari pula ialah Loo Ai Swan,45, nombor kad pengenalan, 730613-14-5160, jawatan terakhir sebagai Pegawai 1MDB serta alamat terakhirnya di 25 Jalan Beringin 2 Damansara Heights  50490.

SPRM turut meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubungi Penguasa Nur Aida Arifin di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan : 0323) atau emel kepada aida_arifin@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Nahar Haris di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan: 0388) atau emel kepada nahar.haris@sprm.gov.my atau menghubungi mana-mana pejabat SPRM yang berhampiran.