PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun Sarawak berhubung kekosongan kerusi Dun Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata SPR mengambil maklum akan pengumuman pemergian Adenan.

"SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dun Sarawak mengenai kematian itu dan kekosongan luar jangka kerusi Dun Tanjong Datu,” katanya.

Mohd Hashim berkata sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2006 dan sebelum ini merupakan Adun Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengah hari ini di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung yang dialaminya. –Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan pernah menerima sebarang permohonan baharu daripada pihak tentera untuk mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih atau membuka lokaliti baru di Kem Paloh, Johor dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku keempat tahun 2017.
  • PUTRAJAYA - Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah selesai menjalankan siasatan tempatan kali pertama berhubung bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi negeri Selangor, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta meneliti semula dan mengekalkan persempadanan asal bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan 48 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung penggantungan kemasukan 949 nama ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Ketiga 2017 di kawasan itu oleh SPR.