SEGAMAT – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menggesa agar kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk sekolah agama rakyat dan pusat tahfiz dalam pembentangan Bajet 2018, Jumaat ini.

Presidennya, Normala Sudirman berkata, peruntukan yang lebih besar perlu untuk bidang pendidikan dan modal insan terutamanya berkaitan sekolah agama rakyat, madrasah dan pusat pendidikan tahfiz serta kebajikan warga pendidik.

“Jika sebelum ini RM30 juta diberikan bagi pembangunan Dasar Tahfiz Negara, sekolah agama rakyat serta pusat tahfiz, maka sudah tiba masanya sejumlah peruntukan besar iaitu minima RM100 juta diberikan tanda keprihatinan terhadap golongan huffaz di Malaysia.

“Rakyat sering mendengar peruntukan yang banyak dan meningkat saban dalam pendidikan pra awal kanak-kanak setiap tahun sehingga pernah mencecah RM111 juta, namun kita tidak mahu melihat pendidikan Islam dan institusi tahfiz ini diketepikan,” katanya.

Menurutnya, Pendidik juga menggesa agar prosedur bagi membuka madrasah dan sekolah tahfiz dapat dipermudahkan tanpa melalui terlalu banyak ‘kerenah birokrasi’ sehingga melambatkan dan mengganggu usaha murni ini.

Katanya, selain itu,kerajaan perlu menaikkan tangga gaji guru serta elaun bagi warga pendidik serta mengumumkan peruntukan bonus minima RM1,000 tanda keprihatinan dan menghargai tugas guru yang begitu sabar mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti jemu.

“Isu guru duka lara atau yang berjauhan daripada pasangan dan keluarga harus diambil perhatian secara serius dan penuh keprihatinan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar usaha ini tidak dianggap retorik semata-mata.

“Kerajaan juga perlu mempercepatkan proses perjawatan pembantu guru dan jumlah pembantu guru perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan kerja-kerja perkeranian dan beban tugas guru,” katanya.

Pada masa sama, Pendidik menyambut baik apa sahaja langkah kerajaan dan KPM dalam usaha memartabatkan profesion perguruan agar kerjaya ini sama setanding dengan kerjaya profesional yang lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.
  • TENOM - Pemuda Umno Malaysia mencadangkan supaya peruntukan RM1 billion yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi membiayai kerja baik pulih sekolah daif di Sabah diserahkan terus kepada pejabat pendidikan negeri.
  • KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa perbelanjaan mengurus sebanyak RM234.25 bilion dalam Bajet 2018 hanya untuk pembayaran gaji atau emolumen perlu diperbetulkan kerana peruntukan untuk komponen itu termasuk pencen dan gratuiti hanya membabitkan sekitar 44 peratus daripada jumlah tersebut.
  • KUALA LUMPUR - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2017 adalah sebanyak RM685.1 bilion atau 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  • PUTRAJAYA - Jawatankuasa kerja bagi memantau pelaksanaan program dan projek yang diperuntukkan menerusi Bajet 2018 akan mengadakan mesyuarat pertamanya dalam tempoh dua minggu dari sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.