INDUSTRI penerbangan merupakan sebuah industri yang profesional dan berprestij. Ramai yang mengimpikan untuk berkerja dalam sektor ini sebagai juruterbang, pramugari, pramugara dan juga mekanik kapal terbang.

Di mata ramai, kerja sebagai kru kabin dianggap popular dan ramai yang mengagumi mereka. Terbaru, seorang pramugari bernama Dania Azmi telah berkongsi tips dalam menyediakan diri untuk menghadiri sesi temuduga sebagai cabin crew di laman Instagram (IG) miliknya.

"Ramai pulak cakap minat tapi tak yakin dengan diri sendiri. Mempunyai personaliti dan tingkah laku yang baik adalah intipati utama untuk menjadi kru kabin.

"Di samping itu, yakin diri sangat penting untuk membuatkan orang lain percaya dengan diri. Jika kita menginginkan orang mempercayai kita, harus percaya dengan diri sendiri terlebih dahulu," tulisnya Dania Azmi di IGnya.

Malah katanya, memilik wajah yang cantik sahaja belum mencukupi.

Dia juga mengakui dia dahulunya adalah seorang gadis yang gemuk dan fizikalnya itu sering menjadi bahan ketawa.

"Tetapi tidak mengapa, kini saya di sini di mana saya mahu menjadi dan saya tidak boleh peduli apa yang orang fikirkan tentang saya. Saya akan sentiasa menggalakkan anda orang untuk mengejar impian anda dan jangan biarkan orang lain meletakkan kamu di bawah!," tulisnya lagi.

Perkara itu telah menarik perhatian orang ramai yang juga mempunyai cita-cita seperti mana Diana.      

"Pernah ada cita-cita nak jadi pramugari tetapi ada banyak kekurangan. Jadi cita-cita hanya jadikan memori sahaja," tulis antsearly.

"Pernah ada cita-cita kuat nak jadi pramugari zaman sekolah menengah dulu, tapi keyakinan sangat rendah. Bila rasa banyak kekurangan diri, jadi terkubur begita sahaja huhu," tulis anis.ali_.

"Dulu pun ada cita-cita nak jadi kru kabin, tapi tak yakin," tulis miss idafariza.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Macam ni lah, dekat story Dania dah bagi tips sikit on how to prepare yourself when you wanna go for cabin crew interview. Tapi ramai pulak cakap minat tapi tak confident dengan diri sendiri. Girls, I’m no expert when it comes to cabin crew selection or what, but what I can tell you girls is that you have to be confident with yourself first to make people around you to believe in you, to trust you. 💕 When you have a good personality, people can see it, they will feel the good vibes in you right away! If you cantik gila but you have a really bad attitude, shame on you and girl trust me the judges will know even if you fake it. I was a fat girl before (ada gambar lagi gemuk dah hilang mana) 😅 people always make fun of me because of my physical. But it’s okay, now I’m here where I wanted to be and I couldn’t care less what people think about me.. 💁🏻‍♀️ I will always encourage you people to pursue your dreams and yeah don’t let others put you down! 😘 #cabincrew #motivation #bewhoyouwanttobe

A post shared by Dania Azmi 🌹 (@daniaazmi) on