Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Anthony

Anthony (kiri) pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah dan Menandatangani Perjanjian Pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield Puchong pada Rabu. Foto Bernama
Anthony (kiri) pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah dan Menandatangani Perjanjian Pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield Puchong pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

PUCHONG - Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu, namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan mendapat kebenaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak mahu ada mana-mana syarikat yang secara tiba-tiba melancar dan mengumumkan penyediaan perkhidmatan untuk jabatan kerajaan tanpa pengetahuan kementerian sendiri.

"Mereka harus mohon secara rasmi dan bentangkan perancangan mereka, kalau berjaya meyakinkan kita tiada masalah, tapi mereka harus ikut proses yang betul,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Menandatangani Perjanjian Pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield di sini pada Rabu.

Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan memaklumkan MOT mahupun jabatan itu sendiri tidak pernah memberikan kelulusan kepada platform pembaharuan insurans secara dalam talian BJAK Sdn Bhd (BJAK) untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

JPJ memaklumkan jabatan itu memandang serius kandungan iklan yang dikeluarkan melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: