Majoriti kanak-kanak keluarga B40 di KL hidup dalam kemiskinan

Hampir 95 peratus kanak-kanak daripada daripada isi rumah keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur dilaporkan hidup dalam kemiskinan.Gambar hiasan
Hampir 95 peratus kanak-kanak daripada daripada isi rumah keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur dilaporkan hidup dalam kemiskinan.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir 95 peratus kanak-kanak daripada daripada isi rumah keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur dilaporkan hidup dalam kemiskinan.

Berdasarkan laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, data tersebut merupakan hasil tinjauan daripada 755 isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.

Pakar Ekonomi dan juga Felo Penyelidik di Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, daripada peratusan tersebut, 40 peratus dilaporkan tinggal dalam isi rumah yang di bawah garis kemiskinan.

Muhammed ketika pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF Malaysia di ibu kota pada Rabu.
Muhammed ketika pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF Malaysia di ibu kota pada Rabu.

“Kemiskinan relatif merupakan satu metrik penting yang menggambarkan kemajuan taraf hidup yang seharusnya mengiringi pertumbuhan ekonomi.

“Walaupun kadar kemiskinan relatif isi rumah secara keseluruhannya berkurangan, turun daripada 92 peratus sebelum pandemik kepada 78 peratus, kemiskinan relatif dalam kalangan isi rumah diketuai wanita dan kanak-kanak masih lagi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF Malaysia di Wisma E&C Bukit Damansara pada Rabu.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Dasar Sosial Unicef ​​Malaysia Dr Juanita Vasquez Escallon, Timbalan Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr Zouhair Rosli dan Penyelidik kanan, DM Analytics, Maryam Halim.

Artikel Berkaitan:

Kajian itu merupakan kesinambungan daripada projek Keluarga di Pinggiran (FOE). Semasa pandemik Covid-19, UNICEF dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNFPA) menjalankan kajian longitudinal kaedah campuran empat fasa semasa dan selepas pandemik.

Sampel kajian terdiri daripada 501 isi rumah dengan hampir 30 peratus daripadanya adalah responden yang pernah ditemu bual untuk projek FOE.

Selain itu, terdapat sampel tambahan 254 isi rumah, terutamanya isi rumah yang diketuai oleh wanita.

Sementara itu, ujar Muhammed, meskipun kebanyakan ketua isi rumah sudah kembali bekerja dan pendapatan keluarga bertambah baik namun, kadar kemiskinan masih lagi tinggi.

“Kemiskinan masih tinggi pada kadar 41 peratus pada Oktober 2023, namun jatuh sedikit berbanding 45 peratus pada Mac 2021.

“Walaupun kemiskinan tegar di Kuala Lumpur hampir sifar, ia masih lagi menjadi isu penting dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

“Kadar kemiskinan tegar bagi isi rumah diketuai orang kurang upaya adalah 17 peratus, sementara isi rumah diketuai wanita adalah 10 peratus dan tujuh peratus bagi semua kanak-kanak,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!