Auta

Satu pesanan tersebar di internet dan aplikasi WhatsApp kononnya dihantar oleh seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Bukit Aman.

Pesanan itu menyatakan semua wanita yang berjalan seorang diri ke manamana diminta berhati-hati jika mereka terjumpa seorang kanak- kanak sedang menangis seorang diri di tepi jalan.

Kanak-kanak ini dikatakan akan menunjukkan alamat rumahnya dan meminta wanita itu menghantarnya pulang. "Jangan sesekali hantar kanak-kanak itu ke alamat tersebut.

"Hantar kanak-kanak itu ke balai polis berdekatan," menurut mesej itu. Menurut mesej itu, taktik kanak-kanak menangis itu dikatakan cara terbaru digunakan  perompak, penculik dan perogol. Mesej itu juga dikatakan dihantar oleh anggota D9 Bukit Aman yang dikenali sebagai Asisten Superintendan Suman Kumar.

Fakta

PDRM menafikan sama sekali pesanan itu dikeluarkan oleh anggotanya. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Asisten
Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, sejak kebelakanganini, terdapat banyak hebahan dibuat melalui laman internet serta aplikasi WhatsApp menggunakan nama Asisten Superintendan Suman Kumar daripada D9 Bukit Aman.

“Berdasarkan semakan, kami tidak mempunyai anggota dikenali Asisten Superintendan Suman Kumar yang berkhidmat di bahagian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Menurut beliau, PDRM akan mengeluarkan maklumat terkini dan hebahan menggunakan platform rasmi sahaja.