KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri PendidikanDatuk Seri Mahd­zir Khalid.

Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamannya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kada debit  untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.

"Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah 'cashless' (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

"Sekarang ini contohnya penggunaan Smart Board telah dilaksanakan di banyak sekolah. Keputusan peperiksaan misalnya juga boleh disemak ibu bapa melalui telefon pintar. Mungkin sekolah-sekolah boleh guna aplikasi perakam waktu atau paparan skrin sentuh mengikut kesesuaian,” katanya.

Ketika ini, tiga sekolah berasrama penuh iaitu SMK Sains Seri Puteri di Putrajaya, Kolej Tunku Kurshiah di Negeri Sembilan dan Sekolah Datuk Abdul Razak di Kedah telah menggunakan kad debit sebagai sebahagian aplikasi digital sekolah mereka. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARANG - Kementerian Pendidikan mengesahkan seramai 365,500 atau 86 peratus daripada 425,000 guru di seluruh negara telah berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  • PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi perhatian berhubung tahap keselamatan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara terlebih dahulu sebelum meneruskan perbincangan mengenai pendaftaran institusi pendidikan berkenaan di bawah kerajaan.
  • KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau sekolah tahfiz di seluruh negara, melibatkan kerajaan pusat dan negeri.
  • NILAI - Kementerian Pendidikan mahu guru-guru Bahasa Inggeris di seluruh negara mempunyai penguasaan bahasa itu sehingga mencapai tahap C2 (paling cemerlang) berdasarkan Common European Framework of Reference (CEFR).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.