CYBERJAYA - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diberi mandat untuk melaksanakan urusan akreditasi dan pengiktirafan program akademik sejak Januari tahun ini, kata  Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurutnya, MQA sebelum ini hanya berperanan memberi akreditasi manakala urusan pengiktirafan program akademik sebelum ini dilaksanakan Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Selain mengelak pertindihan kerja, pemberian akreditasi dan pengiktirafan oleh satu agensi itu juga diyakini dapat mengatasi masalah sampingan seperti penipuan program dan sijil akademik yang dilaporkan pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu MQA yang dikenali sebagai Mercu MQA di sini hari ini, Idris berkata akreditasi dan pengiktirafan kelayakan di MQA amat penting kerana menjadi rujukan bagi tujuan pelantikan dalam perkhidmatan awam.

Bagaimanapun, katanya, pelantikan ke dalam perkhidmatan awam masih di bawah bidang kuasa dan diuruskan JPA.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata pemilikan aset Mercu MQA setinggi lima tingkat pada harga RM59.9 juta di Jalan Teknokrat 7 itu turut memberikan pulangan kerana fasilitinya terbuka untuk disewa dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta syarikat swasta telah beroperasi di premis itu.

Sebelum berpindah, MQA beroperasi di Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Petaling Jaya, Selangor. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Sebarang salahguna institusi pendidikan untuk tujuan politik kepartian baik Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan, semuanya harus ditolak dan dilawan dengan tegas.
  • SHAH ALAM - Kurang sebulan lagi pembentangan Bajet 2018 namun masih ramai tertanya-tanya sektor yang wajar diberi perhatian lebih dalam pembentangan bajet kali ini.
  • BESUT - Penyelidik di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) perlu meneroka bidang baharu agar hasil yang dicapai daripada penyelidikan itu dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh rakyat.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan agar dasar pendidikan di negara ini dikaji semula supaya sejajar dengan keadaan semasa dan untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah.
  • JERANTUT - Berita gembira buat pelajar lepasan SPM dan STPM daerah ini yang mahu melanjutkan pengajian ke Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) kerana diberikan insentif RM200 seorang ketika mendaftar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.