KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan chinlone linking kebangsaan yang berjaya meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan SEA ke-29, di sini.

“Emas pertama! Tahniah skuad chinlone ! #BangkitBersama #KL2017 #Negaraku #Kebanggaanku,” kata Najib menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

Malaysia merangkul emas sulung setelah mengumpul 391 mata menewaskan Filipina yang hanya mengutip 271 mata.

Pasukan negara mempamerkan aksi bertenaga sejak di pusingan awal dengan mengumpul 376 mata diikuti Filipina dengan 293 dan Brunei 157.

Brunei meraih pingat gangsa dalam pertandingan yang disertai tiga negara itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah tahniah kepada kerabat diraja Johor atas keputeraan waris kepada takhta kerajaan Johor.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan dari Malaysia serta negara lain yang mengorbankan masa, tenaga dan keringat dalam membantu misi kemanusiaan 'Food Flotilla For Myanmar'.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis Ulang Tahun ke-10 Yayasan Khazanah di sini, malam ini sempat menyaksikan kejayaan Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Theresa May atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.