KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyindir kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang meminta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat pembayaran semula pinjaman tersebut.

Dalam status yang dimuatnaik menerusi akauan Twitternya, Khairy mencadangkan agar peminjam tidak membuat bayaran semula sehingga menerima gaji RM4,000.

“Jangan bayar sehingga gaji RM4,000. Ok? “ katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN :  Jangan politikkan PTPTN dengan manifesto PH: Maszlee]

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kesal terhadap sikap tidak amanah peminjam PTPTN yang menjadi punca jumlah tunggakan hutang pembayaran balik pinjaman tersebut menjangkau sehingga RM36 bilion.

Dr Mahathir berkata, kebanyakan daripada peminjam telah mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang tersebut.

Manifesto PH pada kempen pilihan raya umum lalu menyebut untuk menangguh pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan.