SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan dengan serius kedudukan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kementerian masih mempertimbangkan kedudukan dia kerana Zamihan bukan originally (asalnya) dari kementerian berkenaan.

“Kita masih mempertimbangkan kedudukan dia kerana proses memberhentikan pegawai kerajaan ini bukan senang, ada banyak prosidur,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), di sini petang tadi.

Zamihan adalah pegawai kader dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di KDN yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

Ceramah Zamihan yang dimuat naik dalam YouTube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Johor.

Susulan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah berkenan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melucutkan tauliah mengajar ke atasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan pusat masih memerlukan kepakaran pendakwah Zamihan Mat Zin mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh di Penjara Tapah, Perak walaupun Kerajaan Selangor tidak membenarkannya berceramah di negeri itu.
  • JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius sindiket menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen yang dilihat berleluasa di negara ini.
  • SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mohon perkenan untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung isu Pegawai Kader Jakim, Dr Zamihan Mat Zin.
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama Islam di Muar ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.