Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya serta lapan negeri. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya serta lapan negeri. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri serta KL dan Putrajaya hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri diramal mengalami cuaca itu ialah Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin).

Cuaca itu juga diramal di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang dan Ranau) serta Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, di Sarawak, amaran tersebut melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Limbang. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!