PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia akan memanjangkan waktu operasi lapan pejabat Imigresen cawangan pasport dari 8 pagi hingga 10 malam bermula 17 Nov sehingga 31 Dis untuk memudahkan orang ramai berurusan sempena musim cuti persekolahan.
   
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata pejabat Imigresen yang akan memanjangkan waktu operasi ialah Pejabat Imigresen Jalan Duta dan Pejabat Imigresen Wangsa Maju di Kuala Lumpur, Pejabat Imigresen Kelana Jaya dan Pejabat Imigresen Shah Alam (Selangor), Pejabat Imigresen Presint 15 (Putrajaya) dan Pejabat Imigresen Setia Tropika (Johor Bahru).
   
Selain itu, beliau berkata Pejabat Imigresen Urban Transform Centre (UTC) Melaka dan UTC Kuala Lumpur (Pudu Sentral) juga memanjangkan waktu operasi pada tempoh yang sama.
   
"Operasi kesemua pejabat ini hanya akan ditutup pada cuti umum. Bagi pejabat selain dari dinyatakan di atas beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Alias berkata sepanjang tahun ini, Jabatan Imigresen memproses dan mengeluarkan 200,000 Pasport Malaysia Antarabangsa sebulan dan jumlah pengeluaran dijangka meningkat sepanjang musim cuti persekolahan ini.
   
"Jabatan Imigresen Malaysia menasihatkan orang ramai membuat perancangan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa berurusan di pejabat yang terlibat," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan kini memainkan peranan penting dalam setiap perancangan yang dibuat kementerian lain untuk mengelak keputusan yang dibuat bersifat silo dan memberi implikasi kepada kementerian lain.
  • PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima anugerah King Hamad Order for Development daripada Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa, esok.
  • PUTRAJAYA - Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia dilancarkan hari ini bagi membantu pihak yang terlibat mendapatkan maklumat berkaitan pengendalian kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
  • PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Krismas yang akan disambut 25 Disember ini.
  • PUTRAJAYA - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) disarankan supaya membuat satu resolusi khusus yang melambangkan suara dunia bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel.