SHAH ALAM - Bajet 2018 dianggap sebagai bajet yang baik buat golongan bawahan dan segmen masyarakat yang ketinggalan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, ini kerana Bajet 2018, menyasarkan golongan majoriti yang kurang bernasib baik.

"Bajet ini menyeluruh, baik untuk petani, kaum India dan wanita dan penduduk Sabah dan Sarawak.

"Sekali gus ia dilihat mampu melonjakkan ekonomi dan mengurangkan jurang pendapatan,"katanya kepada Sinar Online.

Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan  membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2018]

Bajet tahun ini juga bertemakan 'memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50'.

Sementara itu ketika ditanya adakah Bajet 2018, dipengaruhi dengan elemen PRU14, Shazali berkata, "Ia secara kebetulan,".

Dalam pada itu menyimpulkan mengenai bajet 2018, katanya ia Bajet popular rakyat yang holistik tanpa mengabaikan fundamental pengurusan ekonomi negara yang boleh memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi secara lestari.

"Sektor kritikal pendidikan dan kesihatan mendapat tempat sewajarnya.

"Tumpuan bajet ini juga adalah untuk  memberi kesejahteraan isi rumah yang menyumbang lebih kurang 60 ke 70 peratus kepada keluaran dalam negara kasar," jelasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada 27 Oktober lepas, adalah “Bajet Inklusif dan Menyeluruh”.
  • KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 diluluskan Dewan Rakyat malam ini selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.
  • TENOM - Pemuda Umno Malaysia mencadangkan supaya peruntukan RM1 billion yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi membiayai kerja baik pulih sekolah daif di Sabah diserahkan terus kepada pejabat pendidikan negeri.
  • KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa perbelanjaan mengurus sebanyak RM234.25 bilion dalam Bajet 2018 hanya untuk pembayaran gaji atau emolumen perlu diperbetulkan kerana peruntukan untuk komponen itu termasuk pencen dan gratuiti hanya membabitkan sekitar 44 peratus daripada jumlah tersebut.