• Penyokong kempen "Blackout" kelihatan sedang membawa kain rentang tertulis "We Are Malay, Chinese Indian" sambil mengelilingi Stadium Kelana Jaya di Kelana Jaya, hari ini. Penyokong kempen "Blackout" kelihatan sedang membawa kain rentang tertulis "We Are Malay, Chinese Indian" sambil mengelilingi Stadium Kelana Jaya di Kelana Jaya, hari ini.
  • Hujan lebat tidak menghalang penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di tengah padang Stadium Kelana Jaya sambil memakai baju hujan dan payung. Hujan lebat tidak menghalang penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di tengah padang Stadium Kelana Jaya sambil memakai baju hujan dan payung.
1 /

BERIKUT perkembangan perhimpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13):

6 petang: Orang ramai lengkap berpakaian serba hitam mula membanjiri Stadium Kelana Jaya termasuk kawasan berhampiran.

6.15 petang: Penyokong “Blackout” dari pelbagai arah dengan menaiki kereta, motosikal, bas dan LRT berhampiran, sambil berjalan kaki menuju Stadium Kelana Jaya

6.30 petang: Hujan mula turun dan semakin lebat. Namun ia tidak mematahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat

6.45 petang: Trompet tidak henti-henti ditiupkan sejak pintu masuk Stadium Kelana Jaya mula dibuka kepada orang ramai

7.05 malam: Kira-kira 5,000 penyokong PR mengambil tempat masing-masing dalam stadium itu.

7.30 malam: Penyokong yang beragama Islam beramai-ramai solat Maghrib berjemaah.

8.00 malam: Orang ramai melaungkan perkataan “Ubah” beramai-ramai sambil terus menerus meniup trompet memeriahkan suasana.

8.10 malam: Pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO Bersih belum kelihatan pada masa ini.

8.15 malam: Peniaga tidak ketinggalan mengambil peluang berniaga di sepanjang pekarangan Stadium Kelana Jaya baik makanan mahupun pakaian propembangkang.

8.50 malam: Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

9.25 malam: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan “Ini Kalilah”.

Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T ‘Ini Kalilah’ meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.

10.05 malam: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan “Kami anak Malaysia”.

10.39 malam: Anwar melaungkan dan mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 50,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

10.40 malam: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

11.25 malam: Ketika ditemui wartawan, Anwar kagum dengan kehadiran secara sukarela penyokong walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin lalu.

“Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

“Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular,” katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu ini di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakannya di Ipoh pada hari Jumaat.