LANGKAWI - Dassault Aviation, pembina jet pejuang canggih Rafale, yakin yang Tentera Udara Diraja Malaysia akan membuka tender bagi program penggantian MiG-29N selepas pilihan raya ke-13 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Dassault Aviation dan Rafale International, Eric Trappier berkata yang TUDM kini dalam peringkat akhir menyudahkan program penggantiannya.

Pasukan tentera udara itu telah merancang menghentikan sekurang-kurangnya 10 daripada jet pejuang MiG-29Nnya menjelang Januari dan menggantikan baki enam menjelang akhir tahun.

Malaysia berhasrat menggantikan Mig-29 buatan Rusianya dengan Eurofighter,F-18 Boeing dan Gripen Saab.

Peranan pelbagai Rafale, yang memulakan perkhidmatan dalam militari Perancis pada 2001, boleh melaksanakan serangan udara-darat atau udara-laut, peninjauan, pintasan antena ataupun misi serangan nuklear.

"Kerajaan akan meneruskan dengan program ini...kami tahu mereka sibuk bersiap-sedia untuk pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Kami telah sedia untuk fasa akan datang dalam pembidaan kontrak itu kerana TUDM telah hampir siap menilai jet-jet pejuang Rafale itu.

"Jadi, selepas pilihan raya, saya raya kerajaan akan memberi tumpuan kepada proses tawaran dan tender," kata beliau semasa sesi sarapan pagi bersama-sama pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai bida bagi program penggantian itu, beliau berkata" "Pada masa ini, setiap orang sedang memantau rapat niaga janji kami dengan India.

"Saya percaya Malaysia turut berbuat demikian sebelum membuat sebarang keputusan," kata beliau sambil menambah yang Rafale dijangka menyelesaikan niaga janji dengan India untuk menjual 126 pesawat, bernilai US$10 bilion menjelang akhir tahun.

Dua jet Rafale pada masa ini menyediakan demonstrasi penerbangan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi yang akan berakhir pada 30 Mac. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Aset ketenteraan yang berada di Pangkalan Udara Labuan sentiasa diletakkan di tahap kesiap-siagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman pengganas seperti yang berlaku di Bandar Marawi, selatan Filipina, baru-baru ini.
  • KEPALA BATAS - Pangkalan Udara (PU) Sendayan di Negeri Sembilan yang merupakan pusat latihan terbesar bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menempatkan 70 peratus skop latihan TUDM apabila siap sepenuhnya penghujung tahun ini.
  • IPOH - Belia bukan Melayu dari seluruh negara dialu-alukan untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada masa hadapan.
  • IPOH - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dijangka menerima pesawat baharu sebelum berlangsungnya Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima), 2017.
  • IPOH - Seramai 377 perajurit muda (345 lelaki dan 32 wanita) Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Siri 55/2016, diaraikan sempena majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Padang Kawad Latihan Tentera Udara (ITU), Ipoh, pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.