SHAH ALAM - Usia Tun Dr Mahathir Mohamad, sering menjadi polemik pihak tertentu, tatkala beliau diletakkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (Harapan).

Menginjak 93 tahun, bukanlah di peringkat usia yang muda lagi. Justeru itu bagi membincangkan isu ini, Sinar Harian menerusi Wacana Sinar Harian ke-53 membawakan wacana bertajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?".

Wacana kali ini mengetengahkan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Ia dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani selaku moderator dan berlangsung dari jam 2.45 hingga 5.00 petang di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini, hari ini.

#SHWacana

#prusinar

#aparakyatmahu

3:12pm: Wacana bermula apabila semua panel dan moderator berada di atas pentas.

3.15pm: Moderator: Apakah rahsia Pakatan Harapan angkat Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri?

Dr Kamarul Zaman: Tun Mahathir terlalu tua untuk menjadi perdana menteri kerana faktor fizikal beliau semakin tua dan pernah dua kali melakukan pintasan jantung iaitu pada 1989 dan 2007.

Dr Kamarul Zaman: Daripada segi genetik, adik beradik Tun Mahathir meninggal dunia pada usia yang lanjut antara usia 80 hingga 90 tahun.

3.20pm: Moderator: Jelaskan apabila Pakatan Harapan calonkan Tun Mahathir sebagai interim perdana menteri?

Dr Mat Saat: Faktor ketuaan itu berdasarkan empat aspek:

 

1. Kronologikal berdasarkan umur

2. Aspek psikologikal

3. Aspek kemampuan berfungsi

4. Naratif

Dr Mat Saat: Rekod menunjukkan ada 100 negara lain yang perdana menterinya berusia lebih 93 tahun.

Moderator: Apa yang menjadikan Tun M dilihat sebagai berbeza dengan individu lain seusianya dalam kategori usia 90?

 

Dr Kamarul Zaman:  Pada pandangan saya fizikal dan mental Tun M tidak membenarkan beliau menjadi perdana menteri kerana jawatan tersebut memerlukan tenaga yang banyak dan jadual padat.

Moderator: Apa yang menjadikan Tun M dilihat berbeza dengan individu lain seusianya, berada dalam kategori usia 90 tahun?

Kevin: Tekanan main peranan sangat besar. Daripada pemerhatian, kita lihat Tun M seorang individu yang tenang ketika bercakap atau berikan kenyataan. Cara beliau juga tidak menampakkan seorang panas baran dan daripada segi pemakanan juga sederhana. Jadi ini mungkin ini antara faktor beliau masih mampu teruskan perjuangannya.

Moderator: Adakah Tun akan melalui zaman kemuncak sekali lagi?

Dr Mat Saat: Tun M  pernah lalui zaman kemuncak sebagai perdana menteri dan tidak mustahil ia akan berulang jika beliau diangkat sebagai perdana menteri.

Moderator: Apakah Tun M mampu menarik undi popular Melayu yang tidak diperoleh pembangkang pada PRU12 dan PRU13.

 

Dr Kamarul Zaman: Tun M tidak banyak membantu undi orang Melayu kerana sikap beliau sendiri terhadap agama Islam. Mahu atau tidak, undi orang Melayu Islam mampu ditarik oleh Pas.

Dr Mat saat: Usia menjadi isu dalam negara kita kerana sejarah pentadbiran kita belum ada individu lebih 90 tahun menjadi perdana menteri, tidak seperti negara lain.

Moderator: Tun M masih boleh faham hasrat golongan muda dan pada masa sama, golongan muda juga masih boleh terima pemikirannya. Adakah salah untuk pengundi ini memilih beliau sebagai perdana menteri?

 

Kevin: Antara masalah yang kita hadapi pada PRU14 adakala bukan soal persona calon tersebut, tetapi pilihan yang ada.

4.15 pm: Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila turut sama menghadiri Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Tun Mahathir: Saya aktif bukan tubuh badan sahaja malah akal fikiran.

 

Tun Mahathir: Being active is very important. Dari dahulu saya aktif iaitu memikir dan menyelesaikan masalah.  Dari segi menjaga kesihatan saya sedar kalau kita terlalu gemuk ia tidak bagus.

Ramai tanya saya macam mana nak jaga badan, bagi saya jangan terlebih makan. Bila sedap makan berhenti kata mak saya.

Moderator: Bercakap soal usia lagi, boleh beri alasan kenapa Tun M bukan individu sesuai?

Dr Kamarul Zaman: Walau sekuat mana tubuh badan manusia itu akan sampai masa kita lemah dan setiap orang akan melaluinya. Memimpin sebuah parti ia sesuatu yang sukar kerana faktor usia dan kekuatan semasa.

Tun Mahathir: Bila saya lancar deklarasi rakyat pembangkang sertai saya. Saya banyak kali nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun tak jalan.

Bukan senang nak dalam kumpulan pembangkang kerana dahulu saya pernah kutuk mereka dan mereka pernah kutuk saya.

Tun Mahathir: Orang muda sekarang berani bercakap berbanding dahulu.

Ramai yang kawan saya dahulu, takut nak dekati saya sekarang ini rentetan pilihan politik saya.

Sesi soal jawab bersama barisan panel Wacana Sinar Harian siri-53 bertajuk Apakah Tun M terlalu tua untuk jadi PM?

Tun Siti Hasmah: Saya sentiasa ada untuk Tun. Doakan kesihatan Tun untuk jadi PM ke-7.

Wacana Sinar Harian siri 53 bertajuk Apakah Tun M terlalu tua untuk jadi PM? tamat.