KUALA LUMPUR - Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora diramal berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North dan Layang-Layang pada Selasa hingga Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Johor Timur, Sabah, Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Palawan dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan) bermula Isnin sehingga Sabtu ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.