KOTA BHARU - Al-Quran diibaratkan sebagai surat pekeliling dari ALLAH SWT yang menggariskan umat Islam supaya mengikuti peraturan dan arahan bagi memastikan mereka selamat dunia dan akhirat.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Dr Nik Mohd Azlan Ab Hadi betkata, ALLAH adalah pencipta manusia dan sebagai hamba-Nya, mereka perlu berusaha mengikuti arahan.

"Program ini memberi makna yang cukup besar terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini, sesuai dengan hasrat Maik yang mahu umat Islam membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran.

[1,000 hadir ke Masjid Muhammadi sertai program]

"Perhimpunan lebih 1,000 peserta yang hadir menghayati al-Quran di Masjid Muhammadi ini dan ia adalah usaha menggerakkan masyarakat untuk mencintai al-Quran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadi, hari ini.

Pada program berkenaan, turut hadir, Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datuk Mejar (B) Adnan Hashim, Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Islam Petra (Kias), Dr Azha Abdullah dan Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Sementara itu, Imam Tua Masjid Muhammadi Kota Bharu, Rosli Che Soh berkata, sambutan untuk program Malaysia #QuranHour di masjid berkenaan amat membanggakan.

"Sempena Malaysia #QuranHour ini, Masjid Muhammadi dibanjiri dengan pencinta-pencinta al-Quran bukan sahaja ahli jemaah, malah masyarakat setempat termasuk golongan belia," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.