PERKONGSIAN gambar seorang lelaki memegang tangan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia di Instagram miliknya telah menarik perhatian pengikut Elly Mazlein.

Malah tidak berselindung, Elly turut menggelarkan si dia sebagai papa yang juga merangkap teman lelakinya.

"Papa ya... Boyfriend mama. Sambil  tangan memetik bunga kekwa sambil menyelit bunga itu di cuping telinga.

"Moga bahagia milik Putri Sara Sefhia dgn lelaki baru dalam hidupnya," tulisnya.

Elly yang juga dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dikalangan peminat turut bertanya adakah kanak-kanak mudah berubah perilaku apabila ada insan baharu di dalam hidupnya.

"Kakak Lina nak tanya, anak kalau ada papa baru dia, mama memang kena pandai-pandai bawa diri ya? Memang tak laku ya? Memang tercampak ya?

"Kalau nak makan, tak nak duduk dekat baby chair, mesti bak duduk dekat riba papa.

"Lepas itu asyik nak dukung, tak nak jalan. Memang macam tu ke?

"Kakak Lina tanya sebab tak pernah merasa sebelum ini," ujarnya beserta tanda pagar #TqPapaBaru dan #AwanNano.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar perhubungan Elly berjalan lancar dan cepat ke jinjang pelamin. Malah tidak kurang juga yang menawarkan diri untuk menjadi pengiring majlis perkahwinannya nanti.