PELAKON popular drama bersiri Nur, Raja Atiq, 18, enggan bergambar berduaan apabila melibatkan dengan peminat daripada kalangan bukan muhrim.

Menurut, Atiq Azman atau nama lengkapnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, berkata, agar tidak menimbulkan fitnah lebih baik gambar berkumpulan.

“Kalau mereka nak bergambar kena ramai-ramai lah… takut bila gambar berduaan akan timbul isu besar pula,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengenai perkembangan kerjaya, Atiq bakal menjalani penggambaran drama bersiri Nur 2 pada Disember depan.