Rizky Febian, Mahalini bakal kahwin atau lancar lagu?

Rizky dan Mahalini mengikat tali pertunangan pada 7 Mei 2023.
Rizky dan Mahalini mengikat tali pertunangan pada 7 Mei 2023.
A
A
A

SEJAK beberapa hari lalu, antara topik hangat yang dilaporkan media hiburan Indonesia adalah tarikh pernikahan pasangan sensasi, Rizky Febian dan Mahalini.

Menurut sumber terdekat pasangan itu kepada portal Indonesia, detikBali, Rizky dan Mahalini akan berkahwin pada 5 Mei ini.

“Benar, mereka akan kahwin 5 Mei ini di Bali,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.

Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti latar foto buku nikah.

Bagaimanapun setakat ini, bapa Febian yang juga pelawak, Sule mahupun bapa Mahalini iaitu I Gede Suharja belum memberi kenyataan rasmi.

Namun, Febian menerusi Insta Story sempat berkongsi poster seakan jemputan perkahwinan daripada hantaran label muzik, RFAS Music.

Menerusi hantaran itu, Rizky dan Mahalini akan tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Bermuara.

Artikel Berkaitan:

Poster seakan jemputan perkahwinan daripada hantaran label muzik, RFAS Music.
Poster seakan jemputan perkahwinan daripada hantaran label muzik, RFAS Music.

"Jangan lupa kita Bermuara pada tanggal 3 Mei 2024 di seluruh platform muzik ya," tulis wakil syarikat berkenaan.

Rizky dan Mahalini mengikat tali pertunangan pada 7 Mei 2023.

Sebelum ini hubungan cinta Rizky dan Mahalini menjadi buah mulut kerana perbezaan agama. Rizky merupakan seorang Muslim manakala Mahalini penganut Hindu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!