Ahli FDAM disaran sertai SKSPS perlindungan ketika bekerja

Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki.
A
A
A

SETIAP ahli Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) digalakkan untuk menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) secepat mungkin sebagai persediaan dan perlindungan ketika bekerja.

Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki berkata, skim tersebut sudah tentu memberi banyak manfaat kepada ahli FDAM yang sebelum ini tidak pernah membuat

caruman mahupun mempunyai insurans peribadi.

Menurutnya, risiko mendapat kemalangan kepada ahli seperti berada di set penggambaran boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Seperti mana kita tahu, kebanyakan golongan penggiat seni tidak mempunyai pendapatan tetap, justeru ada yang mampu dan tidak untuk mendapatkan insurans perlindungan diri sendiri.

“SKSPS yang ditawarkan kali ini merupakan skim perlindungan insurans termurah untuk ahli FDAM, jadi mereka perlu mengambil peluang untuk mencarum,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Afdlin, FDAM turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana membantu 4,500 kuota untuk golongan penggiat seni.

Jelasnya, tindakan itu juga menjadi peluang keemasan buat ahli persatuan tersebut kerana caruman yang ditawarkan akan dibiayai FINAS bagi tempoh setahun.

“Oleh sebab itu, setiap ahli yang menyertai SKSPS ini sekurang-kurangnya dapat menampung sebarang kesulitan yang mungkin akan berlaku,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!