PELAKON Syazwan Zulkifly tampil menasihati kepada penyanyi baharu agar pergi ke kelas vokal.

Menurut Syazwan, 31, nyanyian yang didendangkan segelintir pendatang baharu menerusi corong radio dan ketika menyanyikan secara langsung sangat berbeza.

"Bukan semua, tapi ada segelintir penyanyi sekarang pelik aku. Dekat radio lagu punyalah best. Bila live, mak aiiii.

"Kalau lari sikit-sikit dari yang biasa dengar kat radio boleh dimaafkan lagi, ini jauh betul teruknya," tulisnya di FB.

Mengakui kurang pengetahuan tentang muzik Syazwan bagaimanapun tetap dengan pandangannya.

"Aku bukanlah tahu sangat fasal muzik, tapi setakat nak dengar suara tu sedap ke tak masih oklah deria aku ni. Aku ni peminat macam orang lain juga.

"Jadi bila aku dah suka dan dah jadi fans lagu tu dan tahu korang nak perform live, mestilah aku nak dengar dan tengok.

"Tapi sesihhh Lauttt antartik perginya. Aiyooo. Pergi kelas vocal ye adik-adik penyanyi baru dan kepada sesiapa yang teringin nak jadi penyanyi tu. Bidang ini perlukan kualiti bukan kuantiti," katanya.

Sementara itu, di Insta story milik akaun pelakon itu ada memuat naik rakaman sedang menonton penyanyi Sufian Suhaimi membuat persembahan secara langsung di kaca TV.

Tulisnya berbunyi "Kebetulan atau suratan," coretnya ringkas.