Ara Johari keluar dari zon selesa

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI yang terkenal dengan lagu-lagu balada rock, Ara Johari keluar dari zon selesa melalui single baharunya berjudul Delulu.

Delulu menjadi pertaruhan pertama Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie, 27, selepas membuat keputusan untuk bergerak di bawah pengurusan sendiri.

“Delulu berbeza daripada single saya sebelum ini. Boleh dikatakan sengle ini menunjukkan sisi lain Ara Johari yang biasa orang kenal saya dengan lagu jiwang dan sedih.

“Ini juga fasa baharu dalam kerjaya nyanyian saya di mana bergerak dibawah pengurusan sendiri,” ujarnya.

Lagu berentak Pop Dance ini merupakan hasil ciptaan Ara Johari berkolaborasi bersama Justin Seow dan Ja’a.

Bercerita lanjut, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Bunga dan Warkah Untukku ini berkata, Delulu membawa mesej ringan yang sesuai dengan situasi masa kini.

Tambahnya, ia juga hanya hiburan semata-mata yang tidak menyentuh mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Keluar dari zon selesa, Ara berikan sesuatu yang berbeza buat peminat.
Keluar dari zon selesa, Ara berikan sesuatu yang berbeza buat peminat.

“Delulu membawa maksud delusional atau ilusi seseorang terhadap sesuatu yang tidak pasti.

“Lagu ini membawa mesej ringan dan sekadar untuk hiburan. Delulu bukan lagu sindir mana-mana pihak hanya untuk hiburan setelah penat dengan isu-isu besar masa kini.

“Saya pasti siapa juga yang mendengarnya pasti akan ikut menari,” katanya.

Delulu edaran One Stop Music ini sudah boleh didengari di semua platform muzik bermula 3 Mei lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!