• Kutip RM20,000 Seniman anjur IFF bagi  kumpul dana persatuan Toh Puan mewakili Islamik fuction Festival menyerahkan sumbangan dana sebanyak RM20,000 kepada Zed Zaidi. - Foto Asyraf Wan Zakari
1 /

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan kerjasama Islamic Fashion Festival (IFF) berjaya mengutip dana sebanyak RM20,000 dalam majlis Seniman Prihatin Charity Gala di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, kelmarin.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, kutipan dana pada majlis amal yang julung kalinya diadakan itu bertujuan bagi membantu ahli-ahli Seniman yang mempunyai masalah kesihatan.
 
“Setiap kutipan akan dimasukkan ke dalam akaun persatuan untuk diagihkan kepada ahli yang memerlukan bantuan,” katanya.
 
Menurut Zed, sebelum ini ramai ahli Seniman yang telah dibantu, sebagai contoh, Datuk Aziz Satar, Allahyarham Osman Kering, Azean Irdawati dan ramai lagi.
 
Justeru itu, majlis seumpama ini dapat menambahkan dana persatuan, sekali gus membantu golongan artis di negara ini yang memerlukan bantuan.
 
Pada majlis berkenaan, beberapa pereka fesyen dari tiga negara serantau, Malaysia, Singapura dan Indonesia bergabung bagi menyemarakkan pertunjukan fesyen yang berkonsepkan fesyen Islamik moden dengan tema ‘African Safari’.
 
Zed berkata, tujuan pertunjukan fesyen ini bukan sekadar memenuhi program semata-mata tetapi diharap juga dapat memberi manfaat kepada golongan selebriti lain dalam etika berpakaian.
 
“Konsep fesyen seperti ini dapat mengurangkan kontroversi pemakaian melibatkan artis seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya. 
 
Turut hadir pada majlis tersebut, Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Nor Suzana dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.