SETIAP pasangan mengimpikan cahaya mata dalam keluarga mereka. Begitu juga selebriti Norman Hakim, 41 dan Memey Suhaiza, 29 yang bakal mendapat cahaya mata keenam.  Walaupun hanya berusia kira-kira tujuh minggu, namun pasangan ini bersyukur kerana hajat mereka menambah cahaya mata dimakbulkan ALLAH SWT.  Jika mengikut kiraan doktor, Memey akan bersalin pada Ogos tahun hadapan.  

Menurut Norman, Memey, mahu ramai anak seperti adik-beradiknya iatu enam orang.  

"Saya cakap dengan Memey, perlahan-lahan kita ikut kesesuaian zaman. Zaman dulu lain, zaman sekarang lain.        

“Memey nak anak ramai sebab dia fikir senang jaga kami bila dah tua nanti. Contoh musim raya, kalau tiga orang tak balik ke rumah masa raya, ada tiga orang lagi yang akan pulang.         

“Tapi, berapa orang pun yang dikurniakan-Nya saya terima.  

Saya cuma minta pada ALLAH SWT agar diberi kesihatan dan kekuatan untuk membesarkan anak-anak ini,” ujar Norman yang kini sudah mempunyai lima anak termasuk hasil perkahwinannya bersama Abby Abadi.

Papa hot ini turut berkongsi cerita walaupun Memey yang hamil namun dia pula yang terasa 'pembawakan budak'. 

“Walaupun saya antara orang terakhir yang tahu tetapi naluri saya macam dah boleh baca. Sebabnya saya tiba-tiba jadi terlalu cerewet dan tak boleh tengok benda bersepah macam anak kedua dahulu. Moody sikit.  

"Saya sendiri tertanya pada diri sendiri, "dah kenapa dengan aku ni?"  

"Rupa-rupanya betul, ada sesuatu yang berlaku. Sebab itulah juga, saya pun dah cakap awal-awal dengan Memey, kalau saya ‘berangin’ sikit jangan marah sebab itu daripada mulut saya saja tapi bukan hati,” ujar Norman jujur.          Norman berdoa agar kehamilan Memey kali ini dipermudah, sempurna, cukup sifat luaran dalaman serta patuh pada ALLAH.  

Pelakon ini juga tidak kisah mengenai jantina anaknya tetapi mahu kedua-duanya sihat dan selamat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PELAKON berbadan sasa, Norman Hakim terkejut dan cemas selepas mendapat berita mengenai tahap kesihatan bapanya, Zaidon Abdul Rahim.
  • SELAIN akademik, setiap ibu bapa pasti mempunyai impian melihat anak-anak berjaya menguasai ilmu akhirat.
  • PELUANG beraksi dalam filem Kabali yang menampilkan hero tamil terkenal, Rajanikanth sebagai bintang utama merupakan pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan pelakon terkenal tanah air, Norman Hakim.
  • MENDIRIKAN rumah tangga pada 2011, tiada apa yang membahagiakan pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, setelah melihat dua wajah kesayangan mereka sepanjang tempoh hampir empat tahun bersama.