PENYANYI era 70-an, Rahimah Rahim yang sinonim dengan lagu Gadis dan Bunga, kini muncul dengan single terbaru berjudul Gelas-Gelas Cinta.  

Jelas Rahimah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Gerl, single terakhirnya kira-kira 11 tahun lalu.

“Gelas-Gelas Cinta ini kisah cinta yang diibaratkan seperti gelas, cerita tentang hati.  

“Ada kelainan lagu ini. Sudah tentulah setelah lama tak muncul, jadi Kak Gerl kena buat pembaharuan iaitu ada masukkan loghat Kelantan sikit-sikit,” jelasnya.

Perjalanan seni penyanyi yang mencecah usia 62 tahun pada 9 Disember lalu ini sudah lebih 40 tahun dan mempunyai 12 album.  

Justeru, sebagai senior dan ditanya mengenai arus muzik kini pula yang dilihat banyak memberi tumpuan kepada bakat-bakat baru yang muncul di media massa, Kak Gerl tidak melihat itu sebagai sesuatu yang pelik.  

“Sebenar perkara ini terlalu sensitif nak dibicarakan. Tapi mungkin sudah lumrah industri global muzik kini, terlalu banyak stesen radio dan dan TV, Jadi mungkin strategi terkini untuk para pendengar generasi baru.  

"Saya tak rasa kecewa.  Ini adalah cara industri muzik sekarang yang lebih kepada realiti iaitu memilih kepada yang viral, popular dan trending masa kini. Seperti contoh, nak kena buat video dan muzik yang viral, saya too old to do that.

"Cuma sesekali saya rasa, orang sekarang tidak lihat pada kualiti lagi tetapi lebih kepada kuantiti," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :