NEW DELHI - INDIA. Perdana Menteri India, Narendra Modi, melantik 21 menteri baharu untuk membarisi kabinet dalam usahanya mempercepatkan pembaharuan ekonomi yang dijanjikan.

Jurucakap parti pemerintah Aman Sinha berkata, empat ahli parlimen baharu mengangkat sumpah semalam bagi menyertai 27 ahli kabinet sedia ada, manakala bilangan menteri muda dalam kerajaan sayap kanan kini meningkat kepada 39 orang.

"Pelantikan ini adalah gabungan antara golongan muda dan mereka yang berpengalaman," katanya dipetik AFP.

Pendatang baharu Monahar Parrikar, yang juga peneraju serantau Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi dipercayai bakal menjadi menteri pertahanan dan semua portfolio dijangka diumumkan secara rasmi selewat-lewatnya hari ini.

Ini adalah pelantikan pertama sejak Modi mengambil alih jawatan tersebut lima bulan lalu selepas BJP memenangi pilihan raya umum yang diadakan pada April.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :