Trump buat hal, selamba beri isyarat lucah

DETROIT - Kelakuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin tidak terkawal selepas beliau dengan selamba menunjukkan isyarat lucah kepada pengganggu ketika lawatan ke sebuah kilang kereta di Michigan pada Rabu.
Rakaman tingkah laku tidak wajar sebagai pemimpin itu turut menjadi tular di media sosial.
Trump dipercayai berasa terganggu dengan jeritan 'pelindung pedofilia' dituju kepadanya yang merujuk kepada kes pesalah seks berprofil tinggi, Jeffrey Epstein.
Beliau sempat mencebikkan muka sebelum menunjukkan isyarat tangan provokasi tersebut.
Nama Trump terus menjadi topik perbincangan hangat komuniti antarabangsa selepas beliau melakukan rampasan kuasa tidak sah ke atas Presiden Nicolas Maduro dan kembali mengancam untuk mengambil alih Greenland.
Terbaharu, Trump cuba untuk campur tangan dalam krisis di Iran apabila beliau bertindak menghasut penunjuk perasaan supaya meneruskan siri protes ganas yang didakwa telah meragut lebih 2,000 nyawa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

