'Iran sedia berperang jika AS jolok sarang tebuan'

Abbas Araghchi
Abbas Araghchi
A
A
A

TEHERAN - Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa Teheran bersedia dengan semua pilihan yang ada jika Washington melancarkan tindakan ketenteraan ke atas negara itu.

Menerusi wawancara pada Isnin, beliau menyatakan saluran komunikasi dengan AS kekal terbuka setelah Presiden Donald Trump menjadikan gelombang protes di Teheran sebagai alasan untuk menyerang Iran.

"Kami sedia berperang jika Washington mahu 'menguji' kami. Tahap kesiapsiagaan pada kali ini jauh lebih tinggi berbanding semasa kempen pencerobohan selama 12 hari dilancarkan AS pada Jun 2025," menurutnya.

Penduduk Iran berhimpun pada Isnin bagi membantah rusuhan ganas dicetuskan pihak asing untuk memporak-perandakan negara itu.
Penduduk Iran berhimpun pada Isnin bagi membantah rusuhan ganas dicetuskan pihak asing untuk memporak-perandakan negara itu.

Araghchi juga menjelaskan peningkatan jumlah kematian disebabkan 'elemen pengganas' yang menyusup masuk ke dalam kumpulan protes untuk menyasarkan pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan.

Siri bantahan terhadap krisis ekonomi bertukar ganas sejak minggu lalu selepas AS dan sekutu kuatnya, Israel campur tangan.

Demonstran turut mendakwa kumpulan bersenjata diupah pihak asing telah mencetuskan pertumpahan berdarah yang meragut lebih 600 nyawa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Luar Iran memberi amaran keras kepada AS akan kesediaan Teheran berperang
  • Saluran komunikasi dengan AS masih terbuka
  • Iran lebih siap menghadapi kemungkinan tindakan ketenteraan AS berbanding sebelumnya
  • Peningkatan jumlah kematian disebabkan oleh elemen pengganas dalam protes
  • Demonstrasi ekonomi menjadi ganas, dipengaruhi campurtangan AS dan Israel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!