Jae Myung, Takaichi jamming bersama

NARA – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung bermain dram bersama sebagai simbol persahabatan selepas sidang kemuncak di Nara pada Selasa.
Persembahan mengejut itu menyaksikan kedua-dua pemimpin tersebut memainkan dua lagu K-pop berjudul Dynamite yang dipopularkan oleh BTS dan Golden daripada filem animasi, Demon Hunters.
Takaichi mengetuai sesi jamming tersebut dengan menunjukkan bakat terpendam beliau bermain dram.
Difahamkan, kedua-duanya mengadakan perbincangan pertama di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan pada akhir Oktober lalu.
"Ketika saya bertemunya di APEC, Jae Myung memberitahu bahawa bermain dram merupakan impiannya. Oleh itu, saya mengatur sesi tersebut sebagai kejutan buatnya," menurut Takaichi di platform X. - Agensi
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung bermain dram bersama sebagai simbol persahabatan
- Kedua-dua pemimpin memainkan dua lagu K-pop, Dynamite oleh BTS dan Golden dari filem Demon Hunters
- Takaichi menunjukkan bakat bermain dram
- Perbincangan pertama kedua pemimpin berlaku di luar Sidang Kemuncak APEC di Korea Selatan
- Bermain dram adalah impian Jae Myung, dan Takaichi mengatur jamming sebagai kejutan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

