Lelaki dicurangi terima ganti rugi RM103,000 daripada kekasih gelap isteri

Kedua-duanya tetap menjalinkan hubungan setelah bertemu pada akhir 2024 meskipun defendan sudah mengetahui status wanita tersebut. Foto Agensi
Kedua-duanya tetap menjalinkan hubungan setelah bertemu pada akhir 2024 meskipun defendan sudah mengetahui status wanita tersebut. Foto Agensi
A
A
A

TAIPEI - Sebuah mahkamah di Taiwan mengarahkan seorang lelaki membayar ganti rugi berjumlah NT$800,000 (RM103,000) kepada pasangan sah kekasih gelapnya.

Hakim mendapati hubungan terlarang melibatkan pengerusi sebuah syarikat teknologi dan isteri orang itu telah melakukan pelanggaran serius terhadap hak pasangan suami isteri dan melangkaui skop teman biasa.

Sebelum ini, suami kepada teman wanitanya itu menuntut pampasan berjumlah NT$1 juta (RM128,000) atas tekanan emosi dihadapinya.

Kedua-duanya tetap menjalinkan hubungan setelah bertemu pada akhir 2024 meskipun defendan sudah mengetahui status wanita tersebut.

Skandal itu terbongkar selepas suami wanita berkenaan menemui bukti perbualan tidak senonoh mereka menerusi aplikasi LINE.

Lelaki tersebut pada mulanya menafikan perbuatannya, namun mahkamah mengesahkan identitinya menerusi kad perniagaan dan imej swafoto yang dikirimkan kepada kekasih gelapnya.

Menurut undang-undang di negara pulau itu, pasangan yang dicurangi boleh menuntut pampasan melalui tuntutan sivil jika hak mereka dilanggar dengan serius. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mahkamah Taiwan arahkan lelaki bayar ganti rugi RM103,000 kepada pasangan suami isteri
  • Hubungan gelap dengan isteri orang didapati melanggar hak pasangan sah
  • Suami isteri dituntut ganti rugi atas tekanan emosi
  • Pasangan terlibat tetap bersama walaupun status wanita diketahui
  • Skandal terbongkar menerusi bukti perbualan di aplikasi LINE

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!