KULIM – Pusat pemindahan banjir di Bandar Baharu ditutup sepenuhnya tengah hari ini setelah kesemua 66 mangsa daripada 17 keluarga dari Kampung Sungai Tepus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim/Bandar Baharu, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu ditutup secara rasminya pada 1 tengah hari berikutan keadaan sudah kembali pulih sepenuhnya.

"Mereka sudah pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat kebenaran daripada Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Fauzi Mustaffa.

"Dalam masa yang sama, kita bersama pihak agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa meskipun keadaan cuaca semakin baik sejak pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu Mohd Fadhil berkata seramai 30 anggota APM bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bandar Baharu dan pelbagai agensi lain membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas dengan banjir kilat itu.

Hujan lebat sejak lewat petang kelmarin menyebabkan air mulai naik sekitar 7 malam hingga menyebabkan banjir kilat dan telah menjejaskan 100 penduduk membabitkan 32 rumah di kampung itu. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA TINGGI - Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya memberi bantuan dalam 6 kejadian kenderaan rosak sehingga hari ini sempena Ops Bantu Tahun Baharu Cina.
  • KUALA KRAI - Hanya satu kemalangan berlaku semasa rondaan Ops Bantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai sempena Tahun Baharu Cina, semalam.
  • KLANG - Wartawan Sinar Harian, merupakan antara empat penerima sijil penghargaan media dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Siri 1/2018 dan Penyampaian sijil penghargaan kepada 70 anggota pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam operasi Baby Shark di Bagan Lalang dan Operasi Gunung Nuang.
  • SHAH ALAM - Sebuah pusat pemindahan banjir di Kuala Langat, Selangor dibuka petang semalam bagi menempatkan 18 mangsa daripada empat keluarga setakat 9 pagi ini.
  • BALING - Dua ular tedung selar seberat lima kilogram dan sepanjang tiga meter sedang mengawan ditemui seorang lelaki dalam bangsal di Kampung Batu 48, Bonggor.