KULIM - Seorang lagi penduduk menjadi mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu dekat sini menjadikan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 66 orang daripada 17 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim/Bandar Baharu, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu berikutan air belum surut sepenuhnya di kawasan kediaman mereka selain ada yang belum selesai mencuci rumah mereka yang telah dinaiki air.

"Pagi ini juga kita menerima tiga lelaki kategori orang kurang upaya (OKU) dan 11 warga emas yang dipindahkan pusat pemindahan bagi memastikan keselamatan mereka.

"Kita bersama pihak agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya ketika dihubungi Bernama.  - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Persediaan awal menghadapi kemungkinan musibah banjir di beberapa kawasan dalam parlimen ini perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
  • KERAYONG - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Triang terutama Kampung Paya Pagar diminta terus peka dengan kenaikan air sungai demi keselamatan ahli keluarga masing-masing.
  • KUALA LIPIS - Penduduk Kampung Kuala Medang di sini sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir apabila tiba musim tengkujuh namun kesemua kira-kira 150 daripada 1,000 penduduk tetap perlu diberi tumpuan utama jika musibah itu berlaku.
  • ALOR SETAR - Bukan sekali tetapi 11 kali terpaksa berdepan banjir dalam tempoh sebulan.
  • MIRI - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau dalam daerah Subis, Miri, yang ditutup sejak semalam, masih tidak dapat meneruskan persekolahan hari ini berikutan paras air belum surut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.