PENDANG - Dua lelaki cedera apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Tokai, pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan terbabas dengan sendiri.

"Kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jalan Tokai menghala ke Simpang Empat dan dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar tiang elektrik di tepi jalan," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, butiran mangsa masih belum didapati dan hanya salah seorang daripada mereka bernama Akmal Hakimi Azhar, 25 tahun.

"Akmal Hakimi kini dirawat di zon kuning Hospital Sultanah Bahiyah, manakala seorang lagi dirawat di zon merah," katanya

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Dua penghuni sebuah bilik hotel di Bukit Tinggi, Bentong dilaporkan cedera selepas struktur dinding bilik yang dihuni mereka runtuh, awal pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera manakala dua urat pada bahagian kakinya terputus gara-gara terhiris dengan mainan yang dibeli dari sebuah mesin tikam di kedai runcit.
  • BESUT - Seorang lelaki cedera di perut dan tangan selepas terkena tembakan oleh seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ketika operasi jabatan tersebut di Kampung Padang Buluh, di sini, pagi tadi.
  • SUNGAI PETANI - Beberapa pengunjung yang meraikan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di sini cedera apabila dikatakan terkena percikan bunga api yang dipasang di sekitar lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi.
  • KUCHING - Tiga lelaki cedera akibat ditembak dengan sepucuk shotgun di sebuah restoran di Pusat Perdagangan Kuching City Mall di sini awal hari ini.