Kenaikan gaji: Terengganu tunggu perincian kerajaan Pusat

Ahmad Samsuri (tengah) ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Kontinjen Sukma Terengganu 100 Hari Menjelang Sukma XXI di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Rabu.
Ahmad Samsuri (tengah) ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Kontinjen Sukma Terengganu 100 Hari Menjelang Sukma XXI di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menunggu perincian daripada kerajaan Pusat sebelum mengkaji tindakan yang akan diambil berhubung cadangan kenaikan kadar gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai perkara itu.

"Kita tiada maklumat terperinci lagi, masih di peringkat pengumuman di peringkat kerajaan Pusat. Kita tengok dulu lah perkembangan seterusnya sebelum kita buat keputusan.

"Kita lihat dahulu apa yang diumumkan dan perinciannya kerana kita sukar untuk buat apa-apa tindakan jika tiada maklumat terperinci," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Kontinjen Sukma Terengganu 100 Hari Menjelang Sukma XXI di Wisma Darul Iman, pada Rabu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Beliau memberitahu, pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam sejarah negara.

Beliau menjelaskan, dengan pelarasan itu nanti, pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun tetap, perlu melebihi RM2,000 sebulan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: