PERMAISURI - Tiga maut, seorang parah dan dua cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kereta di kilometer 66, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kampung Pak Kancil, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian pada kira-kira jam 3.30 pagi itu meragut nyawa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Pahang, Faiezal Abdul Kayim, 42, rakannya, Ahmad Zaki Baharudin, 37, dan Nur Lyza Syahira Ahmad Hazly, 17.

Manakala mangsa yang cedera parah, Nur Laila Zukiman, 15 dan dua lagi cedera ringan ialah Hizami Abd Halim, 32 dan Muhammad Hasrah Abdullah, 17.

Kemalangan berlaku apabila kedua-dua kereta jenis Proton Wira itu bertembung di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian kereta dipandu Hizami bersama Faiezal dan Ahmad Zaki, bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis sama dipandu Nur Lyza yang meninggal dunia di Hospital Setiu.

Pertembungan itu mengakibatkan kereta dipandu Hizami terbabas ke sebelah kanan bahu jalan menghala ke Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, mayat kesemua mangsa sudah diserahkan kepada waris masing-masing untuk urusan pengebumian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PARIT - Seorang ibu tidak menyangka ciuman berulang kali anaknya Sabtu lalu adalah yang terakhir dan tidak mungkin dilupakan, demikian luahan hati Aminah Jabil, 65, ibu seorang daripada mangsa kemalangan di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali dekat sini, pagi tadi.
  • BOTA - Kedua-dua pemandu dan kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga beranak maut awal pagi tadi di Jalan Bota Kanan - Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Mamali didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
  • KLUANG - Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan lima ahli keluarganya, Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, tiga tahun telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, untuk rawatan lanjut.
  • KAMPUNG GAJAH - Kenderaan yang dinaiki tiga mangsa korban nahas antara kereta dan lori di Jalan Bota – Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, pagi tadi dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.
  • SUNGAI PETANI - Kuala Muda disenaraikan sebagai lokasi kemalangan dan kemalangan maut tertinggi di Kedah serta ketiga tertinggi di negara ini selepas Kuala Lumpur dan Batu Pahat.