KEMAMAN – “Saya sangka penyu mahu naik bertelur tapi selepas 10 minit tunggu, ia tidak bergerak dan bila saya suluh, rupanya penyu dah mati,” kata renjer Jabatan Perikanan di Teluk Mak Nik, Geliga di sini, yang menemui bangkai penyu agar dan tuntung laut terdampar di pantai itu kelmarin.

Shahar Rudin Abd Rashid, 42, berkata, bangkai penyu itu dijumpai kira-kira jam 8 malam dan selepas beberapa jam kemudian, iaitu kira-kira jam 2.30 pagi tidak jauh dari lokasi penyu itu ditemui iaitu di Teluk Nyior, dijumpai pula bangkai seekor tuntung laut.

Melihat kepada keadaan penyu itu ia dianggarkan berusia antara 18 hingga 25 tahun dan dipercayai mati lima hari lalu.

Katanya, dia sebelum itu melihat penyu itu berada di gigi air dan selepas diperiksa, terdapat kesan kecederaan pada bahagian bawah badan penyu itu serta di bahagian kaki belakangnya.

“Kemungkinan penyu agar jantan ini mati sebab terperangkap dalam pukat pari atau terkena mata kail.

“Tuntung laut yang dianggarkan berusia antara lima hingga enam tahun ini juga mungkin mati sebab terkena pukat atau mata kail pemancing,” katanya.

Kata Shahar Rudin, sepatutnya di Teluk Mak Nik yang merupakan sebuah kawasan pantai daratan yang mencatatkan pendaratan penyu tertinggi di negara ini perlu diharamkan aktiviti penangkapan ikan bagi memelihara populasi penyu.

Menurutnya, selepas pembukaan padang futsal di pantai berkenaan juga, jumlah pendaratan penyu di kawasan itu setiap bulan yang sebelumnya mencatatkan 400 pendaratan penyu susut kepada lebih 100 pendaratan sahaja.

“Lampu limpah yang berada di padang futsal dan dipancarkan ke arah lautan menyebabkan kawasan ini terang sekali gus membuatkan tak banyak penyu naik membuat sarang,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Kegembiraan enam sahabat bergambar di tasik dekat Bandar Puteri Jaya (BPJ), di sini, petang semalam, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berkenaan.
  • KOTA TINGGI - Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bakal menawarkan program di peringkat sarjana muda dalam tempoh dua tahun lagi bagi memantapkan lagi prestasi kolej berkenaan sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT).
  • BATU PAHAT - Pengguna di daerah ini berharap dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Baru Ayer Hitam dan di Jalan Kluang, di sini, beroperasi semula.
  • PONTIAN - Hanya beralas dan berbumbung kanvas, suasana di halaman rumah seorang penduduk di Pontian Besar di sini, kelihatan seperti pasar lelong dengan pelbagai barangan plastik dan perkakasan rumah dijual.
  • SUBANG JAYA - “Saya pergi luar negara bukan bawa duit rakyat untuk melabur macam ‘orang lain’ tu, sebaliknya pergi sana untuk tarik pelabur asing ke Selangor,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulas lawatannya ke Guangdong, China baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.