RISDA bina masjid RM1.26 juta di SMK Agama Melor

Manndzri merasmikan Majlis Perasmian Masjid As-Syakirin di SMK Agama Melor di Kota Bharu pada Sabtu.
Manndzri merasmikan Majlis Perasmian Masjid As-Syakirin di SMK Agama Melor di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyempurnakan pembinaan Masjid As-Syakirin bernilai RM1.26 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Melor di sini.

Pembinaan masjid menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu siap sepenuhnya pada 13 Mac lalu.

Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, projek tersebut merupakan rumah ibadah pertama yang dilaksanakan oleh RISDA di Malaysia.

Pihak RISDA menyempurnakan pembinaan Masjid As-Syakirin bernilai RM1.26 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Melor.
Pihak RISDA menyempurnakan pembinaan Masjid As-Syakirin bernilai RM1.26 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Melor.

"Waktu itu, kami berada dibawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Jadi mereka (Kementerian Hal Ehwal Ekonomi) mengarahkan RISDA jadi agensi pelaksana.

"Kali ini kami berada di bawah Kementerian Kemajuan Desa Bandar dan Wilayah," katanya semasa ditemui semasa Majlis Perasmian Masjid As-Syakirin di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengetua SMK Agama Melor, Ab Raisham Ab Rashid.

Menurut beliau, sepanjang 50 tahun, RISDA tidak pernah berbuat demikian iaitu terlibat dalam pembinaan seperti ini.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, RISDA berbeza dengan Felda, apabila agensi itu membina semua masjid di kawasan tanah rancangan milik mereka.

"Kami hanya uruskan pekebun dan tidak terikat membuka penempatan," katanya

Manndzri turut mengimamkan jemaah semasa solat Zohor berjemaah pada Majlis Perasmian Masjid As-Syakirin di SMK Agama Melor di Kota Bharu pada Sabtu.
Manndzri turut mengimamkan jemaah semasa solat Zohor berjemaah pada Majlis Perasmian Masjid As-Syakirin di SMK Agama Melor di Kota Bharu pada Sabtu.

Manndzri memberitahu, pembinaan ini merupakan satu penghormatan kepada RISDA.

Tambah beliau, RISDA sedia menggalas tanggungjawab jika diberikan kepercayaan selepas ini.

Pembinaan masjid menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu siap sepenuhnya pada 13 Mac lalu.
Pembinaan masjid menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu siap sepenuhnya pada 13 Mac lalu.

"Saya difahamkan dalam satu-satu masa, masjid ini boleh membuatkan 800 jemaah berbanding 250 sebelum ini.

"Bila ada kemudahan ini, lebih banyak program-program dapat dilaksanakan dalam mengukuhkan perpaduan dan pusat penyebaran ilmu," katanya.

Sementara itu, Ab Raisham memberitahu, warga SMK Agama Melor mengucapkan terima kasih kepada RISDA kerana merealisasikan hasrat mereka memiliki sebuah masjid yang selesa.

Ujar beliau, mereka merasa cukup bertuah dan berharap dengan dengan adanya kemudahan ini pelbagai aktiviti melibatkan warga sekolah akan diadakan dalam suasana yang selesa dan kondusif.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!