SETIU - Penggunaan dron dilarang sepanjang Sukan SEA 2017 berlangsung di semua venue pertandingan di seluruh Malaysia yang akan bermula 19 hingga 31 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, larangan itu dibuat berdasarkan faktor keselamatan semua pihak.

Menurutnya, dron hanya boleh digunakan sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan perlu dimaklumkan kepada Unit  Udara PDRM sebelum menerbangkannya.

“Kita tidak mahu melihat dron digunakan ketika sukan  itu berlangsung kerana bimbang mengundang kejadian tidak diingini.

“Jika mereka ingkar, ia menjadi satu kesalahan dan dron mereka akan dirampas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di tapak venue kejohanan kuda di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, di sini, semalam.

Berhubung lawatan berkenaan, Zulkifli berpuas hati dengan persiapan dilaksanakan di TIEP Lembah Bidong termasuk penginapan.

Seramai 350 pegawai dan anggota polis dari pelbagai unit  ditempatkan di lokasi termasuk Pasukan Gerakan Am, Unit Tindakan Khas dan Komando 69.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan agensi terlibat kini menggunakan menara tinjau dan khidmat dron bagi melakukan pemantauan kes kebakaran tanah gambut di sekitar negeri ini.
  • MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan menggunakan teknologi dron bagi mengesan punca yang menyebabkan 'air termenung' sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Alor Gajah dan Jasin baru-baru ini.
  • IPOH - Empat daerah kecil di sekitar negeri bakal dibekalkan dengan peralatan dron dalam usaha mengesan aktiviriti penerokaan tanah secara haram di sekitar negeri ini.
  • KUALA TERENGGANU - Sebuah sekolah menengah di sini, memutuskan untuk menggunakan inovasi dron dalam usaha pemantapan disiplin pelajar yang mampu memberi kesan positif kepada sekolah.