SABAK BERNAM - Seorang warga emas patah kaki kiri selepas terlibat kemalangan di Parit 8 Sungai Besar, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Ahmad Tukuthil, 84, dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit 8 selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Parit 6.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, motosikal yang ditunggang mangsa bertembung sebuah kereta semasa memasuki Jalan Parit 8.

“Bagaimanapun, sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak ketika motosikal itu membelok ke kanan masuk di persimpangan tersebut. Akibat pelanggaran itu, mangsa patah tulang kaki kirinya,” katanya.

Nor Azmi berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes itu disiasat Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Dorahim Saadin, mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan​ 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Seorang warganegara Bangladesh parah, manakala, lapan lagi warganegara yang sama cedera ringan apabila bas ekspress yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler di kilometer 232.2, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
  • KLANG - Seorang jurukimpal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di di Kilometer 23.7, Lebuhraya Kesas dari arah Klang ke Shah Alam, petang semalam.
  • KUALA PILAH - Kaki kiri seorang remaja hancur setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam kelmarin.
  • MUALLIM - Lagi nahas membabitkan motosikal, dua sahabat berasal dari Ampang, Selangor maut selepas motosikal jenis Honda RS150R yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
  • KARAI - Seorang pelajar sekolah menengah nyaris terjatuh dalam Sungai Perak ketika melalui laluan motosikal bersebelahan Jambatan Victoria beberapa hari lepas.