AMPANG - Menjijikan apabila seorang guru di sebuah sekolah tahfiz di sini tergamak melakukan seks oral terhadap pelajarnya sendiri berkali-kali sejak Mei lalu.

Perbuatan itu terbongkar apabila mangsa yang berusia 14 tahun mengadu takut untuk pulang semula ke sekolah kerana bimbang suspek mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, guru berusia 21 tahun terbabit meminta untuk melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa ketika berada di sekolah itu awal bulan Mei lalu.

Pada awalnya mangsa menolak permintaan tersebut namun dengan rela membiarkan gurunya melakukan perbuatan terkutuk itu selama tiga minit kerana tidak mahu lelaki terbabit berkecil hati.

“Perbuatan luar tabie itu dilapor berlaku sebanyak lima kali sebelum mangsa menceritakan kejadian kepada keluarganya ketika pulang ke Johor 26 Jun lalu. Mangsa memberitahu takut untuk balik ke sekolah tersebut,” katanya mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang awal pagi, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bertindak atas laporan, polis menahan seorang lelaki hari ini di Ampang dan direman sehingga Selasa depan.