KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyerbu premis di Jalan Imbi, di sini, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof Bin W Taib berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 12.15 tengah hari hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, hasil serbuan, pihaknya telah menyita barangan berjenama yang disyaki tiruan bernilai RM89,905.

"Pelbagai barang sebanyak 2,011 unit melibatkan dompet, tali pinggang, topi, selipar, beg tangan, kasut, seluar dan baju dirampas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kebanyakan premis yang diperiksa diusahakan oleh warganegara Bangladesh.

Katanya, pihaknya percaya, barangan ini diperoleh dari luar negara sebelum dipasarkan di sekitar Kuala Lumpur.